TMJ bakal umum tiga perkara penting Harimau Malaya hari ini
KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bakal membuat tiga pengumuman penting berkaitan skuad Harimau Malaya pada Isnin.
Menerusi hantaran di Instagram Story pada Ahad, TMJ berkata, ketua jurulatih baharu untuk skuad kebangsaan Harimau Malaya dan Harimau Muda (B-23) akan diumumkan hari ini.
“Esok (Isnin) akan diumum berkenaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B-23, pasukan perubatan, dan teknologi yang akan digunakan memberi impak kepada skuad kebangsaan,” katanya seperti yang dilaporkan Awani.
Selain itu, TMJ turut memaklumkan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Teknikal Harimau Malaya akan diumumkan.
Baginda juga berkongsi perkembangan mesyuarat bersama wakil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang membincangkan usaha mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara.
“Ada mesyuarat dengan wakil FIFA untuk dapatkan data pemain berdarah campuran Malaysia yang beraksi di luar negara,” katanya lagi.
looPengumuman itu dijangka memberi impak besar kepada perancangan dan hala tuju skuad kebangsaan dalam memperkukuhkan prestasi pasukan di pentas antarabangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








