TMJ sindir pihak kaitkan baginda dengan keganasan
KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) hari ini menyindir sesetengah pihak yang mengaitkan dirinya dengan beberapa kejadian yang berlaku di dalam negara baru-baru ini.
Baginda meluahkan perkara itu dalam hantaran di Insta Story hari ini dipercayai untuk menangkis tuduhan yang mengaitkannya sebagai dalang kes serangan terhadap tiga pemain bola sepak baru-baru ini.
“Akhyar kena samun, Faisal kena asid, Safiq kereta kena pecah, Siti Nur Masyitah kena langgar kereta, semalam seorang lelaki dari Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa bom di rumah, semalam Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng dan dua anggota polis ditembak.
“Semua ini kerja TMJ, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), polis dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia),” tulis pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu.
TMJ menegaskan, sedangkan semua yang berlaku itu tiada kaitan dengan bola sepak dan berlaku di luar kawasan stadium.
Sehubungan itu, baginda menyeru orang ramai bersama-sama bersoladiriti untuk menghentikan keganasan dalam bola sepak.
Sebelum ini, timbul spekulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan TMJ dengan tiga kejadian serangan melibatkan Akhyar Rashid, Faisal Halim dah Safiq Rahim.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment