BERITA SEMASA

Padang SNBJ lunyai, TMJ tawar pasukan negara bermain di Stadium JDT

 

BANGI – Kerosakan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika perlawanan pasukan negara menentang India malam tadi berpunca daripada keadaan rumput Zeon Zoysia yang belum matang.

Perkara itu dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam hantaran di aplikasi X berkata, padang SNBJ sepatutnya tidak digunakan terlalu awal kerana memerlukan lebih masa untuk akar rumput benar-benar kuat.

Tunku Ismail berkata, perkara itu sudah dimaklumkan sebelum ini namun tidak diendah oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak pengurusan stadium yang membenarkan penganjuran saingan Pestabola Merdeka malam tadi.

“Ini adalah produk (rumput) yang telah terbukti. Tetapi kena jaga betul-betul. Rumput sama, kontraktor sama.

“Bezanya di SBNJ tak ada TMJ di situ, itu aja. FAM kalau nak pakai SSI (Stadium Sultan Ibrahim) cakpa, saya siapkan, ” kata baginda.

Semasa kunjungan ke SNBJ pada Khamis lalu, baginda telah memberitahu bahawa rumput di stadium itu boleh terkopak sekiranya digunakan terlebih awal.

Stadium JDT yang merupakan stadium terbaik dalam negara ketika ini.

Katanya, keadaan padang bola itu memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan untuk mencapai tahap sama seperti stadium pasukan JDT.

Untuk rekod, penggunaan rumput Zeon Zoysia di SNBJ adalah tajaan daripada Tunku Ismail sebagai hadiah kepada sukan bola sepak negara selepas pengendali stadium itu berdepan kualiti padang yang mengecewakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button