TFC pulang semula RM1.5 juta XFOX, batal perjanjian demi keharmonian kelab
KUALA LUMPUR – Kelab Liga Super, Terengganu FC (TFC) memutuskan untuk membatalkan kerjasama dengan syarikat XFOX Marketing Sdn. Bhd sebagai penaja pasukan berkenaan.
TFC dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira suara penyokong kelab berpangkalan di Pantai Timur itu.
“Kerjasama ini dipandang dari sudut yang berbeza oleh pelbagai pihak. Malah Terengganu FC juga mendapat simpati daripada pihak penaja dengan suasana ini.
“Atas persefahaman bersama, pihak Terengganu FC dan XFOX Market Holdings Sdn Bhd bersedia untuk membubarkan kembali perjanjian penajaan ini tanpa sebarang tuntutan antara kedua pihak.
“Tindakan ini lebih kepada melihat aspek keharmonian kelab untuk mengharungi pelbagai lagi cabaran mendatang.
“Pihak Terengganu FC akan memulangkan kembali bayaran penajaan pihak syarikat penaja sebanyak RM 1.5 juta yang telah selesai dilunaskan,” katanya.
Selain itu, TFC turut memulangkan wang tajaan sebanyak RM1.5 juta kepada syarikat tersebut yang sepatutnya diterima kelab hasil daripada kerjasama tersebut.
Berdasarkan perjanjian, XFOX turut menyediakan padang bola sepak sintetik di XFOX Arena di Subang Bestari, namun TFC mengambil keputusan membatalkan perjanjian tersebut selepas mengambil kira pandangan dari pelbagai sudut.
Dalam pada itu, TFC berkata, dalam tempoh yang masih berbaki, pihak TFC akan terus berusaha untuk mendapatkan penaja bagi AFF Shopee Cup 2024.
“Semoga dengan keputusan ini akan memberikan keharmonian buat Terengganu FC, XFOX Market Holdings Sdn Bhd dan semua penyokong-penyokong kelab,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








