BERITA SEMASASUKAN

Jepun kejutkan Brazil 3-2

TOKYO – Jepun mengejutkan Brazil 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Tokyo, hari ini.

Untuk rekod, kemenangan itu adalah kemenangan pertama Jepun ke atas gergasi Amerika Selatan tersebut selepas 14 pertemuan, lapor Reuters.

Pasukan tuan rumah ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Paulo Henrique dan Gabriel Martinelli, namun Jepun mempamerkan kebangkitan luar biasa pada babak kedua.

Gol pertama Jepun hadir pada min-52 apabila Takumi Minamino merapatkan jurang selepas Fabricio Bruno melakukan hantaran liar yang disambar penyerang Monaco itu dari luar kotak penalti.

Sembilan minit kemudian, malam malang Bruno berterusan apabila pertahanan Brazil itu tertampan bola ke gawang sendiri, menyamakan kedudukan 2-2.

Related Articles

Ditemani sorakan padu penyokong tuan rumah, Jepun terus menekan mencari gol kemenangan dan usaha mereka berhasil pada min-71 apabila pemain gantian Junya Ito menghantar sepakan penjuru tepat ke arah Ueda, yang menanduk bola melepasi Lucas Beraldo untuk melengkapkan kemenangan bersejarah 3-2.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button