BERITA SEMASASUKAN

Chelsea kunjungi Malaysia 22-23 Feb depan

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mengesahkan akan ke Kuala Lumpur pada 22 hingga 23 Februari depan.

Menurut kelab itu dalam satu kenyataan ringkas semalam, kunjungan ini merupakan bukti ikatan kuat kelab tersebut dengan kumpulan penyokong di rantau ini.

“Kami teruja untuk menghidupkan semula hubungan dengan penyokong melalui acara istimewa ini.

“Lawatan ini (juga) menandakan kunjungan pertama Chelsea ke Malaysia sejak 2013, yang mana ketika itu The Blues bermain dalam perlawanan pra-musim yang tidak dapat dilupakan sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia kami,” kata kelab tersebut dalam satu kenyataan, semalam.

Setakat ini, maklumat lengkap mengenai jelajah itu masih belum diumumkan, namun difahamkan akan turut mengandungi satu perlawanan persahabatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button