Skuad B-23 negara tundukkan India 2-1
KUALA LUMPUR – Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara menunjukkan perkembangan positif menjelang Piala Asia B-23 selepas berjaya menundukkan India 2-1 dalam perlawanan persahabatan, malam tadi.
Berlangsung secara tertutup, Malaysia memperoleh dua gol hasil jaringan T Saravanan dan Alif Zikri pada minit ke-33 dan 48 manakala gol tunggal India pula dijaringkan Chingangbam Shivaldo Singh pada minit ke-77.
Perlawanan malam tadi merupakan ujian pertama skuad kendalian Juan Torres Garrido sebelum memulakan kempen Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Qatar pada 15 April hingga 3 Mei depan.
Skuad Harimau Muda juga akan sekali lagi menentang India dalam aksi ujian, Isnin ini sebelum mereka terbang awal ke Qatar.
Selain itu, anak buah Garrido terlebih dahulu dijadual akan menentang Qatar dan China di Qatar bagi aksi pemanas badan sebelum Piala Asia B-23 membuka tirai.
Skuad Harimau Malaya B-23 yang diundi dalam Kumpulan D Piala Asia B-23 akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








