JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas juruteknik hadapi pertuduhan bunuh isteri

KULIM – Seorang bekas juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang maut selepas ditikam sebanyak 13 kali, minggu lalu.

Memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, G Vikneswaran, 43, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.

Vikneswaran didakwa menyebabkan kematian isterinya, S Sila, 39, di sebuah rumah di daerah ini antara kira-kira pukul 6.30 petang hingga 9.04 malam, 14 September lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika tidak dihukum mati, sekiranya sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S Preeyaa tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang juga bapa kepada seorang anak lelaki itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan hasil bedah siasat dan laporan kimia.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita meninggal dunia selepas ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya sendiri di rumah mereka di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button