Lelaki maut dipercayai dibunuh dalam kedai pendingin hawa
KUANTAN – Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah kedai pendingin hawa yang disewanya di Bukit Sekilau, di sini petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu, polis menerima panggilan daripada ibu mangsa kira-kira pukul 3 petang yang memaklumkan anaknya meninggal dunia di dalam sebuah kedai.
“Sepasukan polis daripada bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan dibantu unit forensik Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dihantar ke lokasi kejadian.
“Siasatan lanjut mendapati, terdapat unsur-unsur jenayah pada tubuh badan si mati,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan kejadian, polis telah menahan reman seorang seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan rakan mangsa selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan dari segenap aspek.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





