LUAR NEGARA

Korea Selatan luaskan siasatan cari dalang kebocoran maklumat pesawat pejuang KF-21

SEOUL – Pihak berkuasa Korea Selatan memperluaskan lagi siasatan untuk mencari ‘dalang’ di sebalik kecurian maklumat rahsia berkenaan teknologi pesawat pejuang KF-21 ‘Boramae’ yang sedang dibangunkan negara berkenaan.

Selain menyerbu ibu pejabat syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang membangunkan pesawat pejuang generasi 4.5 tersebut, polis Korea Selatan dan agensi penguatkuasa turut memanggil lebih ramai individu bagi membantu siasatan.

Menurut portal Defence Security Asia, sebelum ini dua jurutera warga Indonesia telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kecurian maklumat sensitif tersebut.

Kedua-dua mereka kini tidak dibenarkan meninggalkan negara berkenaan.

Menurut Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan (DAPA), kedua-dua jurutera tersebut yang tidak dinamakan ditugaskan dalam program pembangunan pesawat pejuang KF-21 dan bekerja di kemudahan milik KAI, yang merupakan syarikat pembuat pesawat tunggal di Korea Selatan.

Menurut DAPA, mereka disyaki menyimpan kira-kira 4,000 hingga 6,000 data-data rahsia tentang projek pesawat pejuang KF-21 itu dalam thumbdrive.

Menurut laporan eksklusif media Korea Selatan ‘JoongAng Ilbo’, antara maklumat sensitif yang tekandung dalam thumbdrive tersebut adalah gambar cetak biru pesawat pejuang KF-21 yang tidak sepatutnya mereka miliki.

Selain itu, thumbdrive tersebut turut mengandungi program 3D-Modelling pesawat KF-21.

Pasukan penyiasat Korea Selatan kini sedang melakukan siasatan forensik bagi menentukan bagaimana maklumat sensitif tersebut dimuatnaik ke dalam thumbdrive milik jurutera berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button