Penjaga gol legenda Pulau Pinang meninggal dunia, rebah ketika beraksi
MANJUNG – Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam satu perlawanan di sini pada pukul 10.15 malam tadi.
Ketika kejadian, Allahyarham Firos, 53, sedang beraksi dalam perlawanan membabitkan legenda Pulau Pinang menentang legenda Kedah sempena perlawanan empat penjuru Piala Dr. Zambry Abd Kadir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Sebaik insiden berlaku, pasukan perubatan segera memberikan rawatan kecemasan sebelum beliau dikejarkan ke Hospital KPJ Manjung, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
“Ahli Lembaga Pengarah dan semua warga kerja Penang FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed yang telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi tadi.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” menurut kenyataan Penang FC, memetik laporan Kosmo! Online.
Allahyarham Firos dikenali sebagai penjaga gol yang pernah mewarnai pentas Liga Malaysia bersama skuad Harimau Kumbang sekitar era 90-an, dan terus kekal aktif dalam pelbagai kejohanan amal serta perlawanan lagenda.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








