BERITA SEMASA

Pelawak Abon selamat jalani angioplasti, masih dipantau doktor

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak veteran, Abon, 66, selamat menjalani prosedur angioplasti di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Selasa lalu.

Isterinya, Fauziah Muksin, 64, berkata prosedur yang dijalankan pada 1 September itu mengambil masa kira-kira dua jam.

“Alhamdulillah, abang Abon dah selesai prosedur angioplasti pada 1 September lalu. Prosedur angioplasti itu mengambil masa selama dua jam,” katanya menerusi mesej WhatsApp.

Menurut Fauziah, keadaan suaminya kini semakin baik berbanding sebelum ini, namun selera makan masih belum pulih.

“Setakat ini keadaan abang Abon lebih baik daripada sebelum ini cuma selera makan masih belum ada. Abang Abon hanya bergantung dengan susu dan buah sahaja,” katanya memetik laporan Metro Online.

Bagaimanapun, Abon masih belum dibenarkan pulang dan terus berada di bawah pemantauan doktor di hospital.

“Setakat ini doktor tidak beritahu saya lagi abang Abon boleh balik ke rumah atau tidak. Abang Abon masih di hospital dan berada di bawah pemantauan doktor,” katanya.

Sebelum ini, prosedur angioplasti Abon terpaksa ditangguhkan beberapa kali berikutan kehadiran bakteria dalam badannya, selain bacaan hemoglobin yang rendah serta fungsi buah pinggang yang kurang baik.

Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 66, sebelum ini kembali dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung kali kedua pada 15 Julai lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button