BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

PM arah Wisma Putra teliti perkembangan isu sempadan Thailand-Kemboja

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Wisma Putra meneliti perkembangan terkini berhubung isu sempadan membabitkan Thailand dan Kemboja susulan isyarat positif yang diterima daripada kedua-dua negara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu susulan perbualan telefon antara Anwar dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet serta pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai semalam.

“Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa terdapat isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan oleh Bangkok dan Phnom Penh untuk berbincang mengenai isu sempadan tersebut.

“Susulan itu, beliau telah meminta supaya Wisma Putra meneliti dan mengemukakan maklumat terkini hasil rundingan antara kedua-dua negara,” katanya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi hari ini.

Pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja sebelum ini mencetuskan ketegangan diplomatik yang memerlukan penyelesaian secara dialog dan rundingan dua hala.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button