BERITA SEMASAPMX

Malaysia sedia berbincang bawa masuk lebih rakyat Palestin bagi tujuan rawatan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia berbincang dengan pihak berkenaan bagi membawa masuk lagi rakyat Palestin yang tercedera untuk dirawat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenainya.

“Kita akan berbincang (syor membawa masuk lebih ramai pesakit warga Palestin untuk dirawat di negara ini) cuma sekarang ini ia masih terlalu awal.

“Kita juga akan berunding dengan Mesir (bagi tujuan berkenaan). Jadi kita tengok, kalau ada keperluan kita boleh bincang,” katanya.

Buat masa ini, katanya, tumpuan adalah kepada merawat kumpulan rakyat Palestin yang dibawa masuk ke Malaysia, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button