LUAR NEGARA
Gempa bumi 7.7 magnitud gegar Flores, amaran tsunami dikeluarkan
JAKARTA – Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud menggegarkan wilayah Flores, Indonesia pada awal pagi tadi, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu.
Menurut BMKG, pusat gempa dikesan di luar pantai utara Pulau Flores pada kedalaman cetek kira-kira 15 kilometer.
Susulan kejadian itu, amaran tsunami turut dikeluarkan bagi kawasan pesisir pantai berikutan risiko berlakunya gelombang tsunami.
Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan supaya terus mematuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya diarahkan.
Maklumat lanjut berhubung kemungkinan korban, kerosakan serta keadaan terkini masih belum diperincikan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








