‘Putera Tidur’ Arab Saudi meninggal dunia pada usia 36 tahun selepas 20 tahun koma
RIYADH – Putera Alwaleed bin Khaled bin Talal bin Abdulaziz Al Saud yang digelar sebagai ‘Putera Tidur’ Arab Saudi dilaporkan meninggal dunia pada usia 36 tahun setelah berada dalam keadaan koma selama hampir dua dekad sejak mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 2005 di London.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh ayahandanya, Putera Khaled bin Talal bin Abdulaziz menerusi satu kenyataan yang penuh hiba.

“Dengan hati yang redha terhadap ketentuan dan takdir Allah, serta kesedihan yang mendalam, kami mengumumkan pemergian anakanda tercinta, Putera Alwaleed bin Khaled bin Talal bin Abdulaziz Al Saud. Semoga Allah merahmati rohnya,” tulis Baginda di media sosial.
Menurut laporan Khaleej Times, solat jenazah untuk Putera Alwaleed akan diadakan pada hari ini (20 Julai 2025) selepas solat Asar di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh.
Putera Alwaleed pernah mencuri perhatian masyarakat antarabangsa apabila terus diberikan rawatan rapi oleh keluarganya selama bertahun-tahun, walaupun dalam keadaan koma sejak usianya belasan tahun.
Ketika itu, Almarhum sedang menuntut ilmu di sebuah kolej tentera di London.
Keputusan ayahandanya untuk tidak mencabut alat sokongan hayat demi peluang tipis untuk pulih mendapat liputan meluas dan membangkitkan perbincangan tentang harapan, kasih sayang dan takdir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








