Lelaki diserang sawan, terjatuh dalam Sungai Kedah ditemukan meninggal dunia
ALOR SETAR – Seorang pekerja sebuah kedai makan dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kedah, di sini semalam ditemukan meninggal dunia.
Menerusi satu perkongsian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, mayat mangsa ditemukan pada pukul 12.35 pagi tadi.
Mangsa lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai selepas diserang sawan.
“Terdahulu pada jam 8.15 malam, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan seorang lelaki berusia 31 tahun terjatuh ke Sungai Kedah berhampiran Stadium Alor Setar akibat serangan sawan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu katanya, operasi tersebut turut mendapat kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia serta anggota penyelamat di air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








