Dua beradik maut jatuh dari tingkat 12 apartmen di Tampoi
JOHOR BAHRU – Dua beradik ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri 24 tingkat di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa masing-masing seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan tingkat tujuh bangunan berkenaan.
Kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila si kakak cuba membantu adiknya yang dikatakan berpaut pada bahagian balkoni kediaman mereka di tingkat 12, sebelum kedua-duanya terjatuh.
“Saya terdengar jeritan sebelum melihat orang ramai berkumpul. Terkejut apabila dimaklumkan yang jatuh itu dua kanak-kanak yang merupakan adik-beradik,” kata seorang penduduk, memetik laporan Kosmo! Online.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistan Komisioner Radin Ramlan Radin Taha mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








