BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita ditemui maut dalam kereta, lelaki tertiarap di jalan

ALOR SETAR – Seorang wanita ditemukan maut di tempat duduk penumpang hadapan sebuah kereta Proton Wira, manakala seorang lelaki pula ditemui tertiarap di atas jalan dengan kesan tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak, dekat Yan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 9.40 malam.

“Kedua-dua mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang wanita berumur 28 tahun, ditemukan dengan kecederaan parah akibat tikaman senjata tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua mangsa, selain usaha mengesan suspek yang dipercayai terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button