Kanak-kanak perempuan 3 tahun ditemukan maut dalam parit sawah padi
BESUT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan maut dipercayai akibat lepas dalam parit sawah padi berhampiran rumah neneknya di Kampung Bukit Kenak, Tok Kundur, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, mangsa, Intan Inara Mohammad Hariz Husaini, disahkan meninggal dunia di hospital.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 petang selepas mangsa dipercayai keluar melalui pintu belakang dan bermain di bahagian belakang rumah neneknya seorang diri tanpa disedari sesiapa.
“Mangsa kemudian ditemukan terapung oleh bapa saudara mangsa di dalam parit sawah padi kira-kira 300 meter dari rumah neneknya kira-kira pukul 6.10 petang,” katanya, hari ini.
Beliau menambah, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis kira-kira pukul 8.53 malam.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Besut dan disahkan meninggal dunia. Proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini untuk menentukan punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Ibu bapa dinasihatkan lebih berwaspada memantau keselamatan anak untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya lagi
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








