BERITA SEMASA

KA catat rekod baharu jualan RM2 juta dalam masa 2 minit

KUALA LUMPUR – Nama Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian apabila produk terbaharunya, Sambal Nyet Bilis, mencatat jualan mencecah RM2 juta dalam tempoh kurang dua minit menerusi platform TikTok hari ini.

Pempengaruh dan usahawan berusia 33 tahun itu berkongsi pencapaian berkenaan menerusi siaran langsung TikTok di akaun tiktokshop_my yang berlangsung dari Menara Merdeka Maybank, lokasi pelancaran produk berkenaan.

Lebih menarik, stok Sambal Nyet Bilis dilaporkan habis dalam kira-kira satu minit selepas jualan dibuka, sekali gus mencipta rekod baharu buat usahawan berkenaan.

Siaran langsung itu turut mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 400,000 penonton mengikuti sesi berkenaan, berbanding sekitar 100,000 penonton yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Jumlah interaksi juga mencanak apabila siaran tersebut menerima lebih 100 juta tanda suka.

Pencapaian berkenaan bukan sahaja mengatasi rekod jualan peribadi Khairul Aming, malah memperlihatkan bagaimana platform media sosial kini mampu menjadi pemacu utama kepada perkembangan perniagaan dan pemasaran produk tempatan.

Selain Sambal Nyet Bilis, beberapa produk lain turut ditawarkan menerusi program berkenaan, antaranya Rendang Nyet Berapi, Dendeng Nyet Ekstra Pedas, Oriental Kopi Putih Premium dan Cosmetic Nely.

Kesemua produk berkenaan mencatatkan nilai jualan keseluruhan melebihi RM3.5 juta.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button