BERITA SEMASA

JPDP siasat kebocoran data peribadi libatkan Khairul Aming 

PUTRAJAYA – Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) memulakan siasatan berhubung penzahiran tanpa kebenaran butiran akaun dan bil telefon seorang pelanggan Maxis yang tular di media sosial.

JPDP berkata, siasatan dijalankan di bawah Prinsip-Prinsip Perlindungan Data Peribadi serta Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), membabitkan pengumpulan atau penzahiran data peribadi secara menyalahi undang-undang.

“Tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap peruntukan Akta 709,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JPDP turut mengingatkan semua pengawal data supaya mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi, termasuk memastikan data pelanggan dilindungi daripada akses dan penzahiran tanpa kebenaran.

Selain itu katanya, pengawal data disaran memperkukuh langkah keselamatan teknikal dan organisasi serta memastikan infrastruktur penyimpanan data dan sistem rangkaian sentiasa berada pada tahap keselamatan yang sewajarnya bagi mengelakkan insiden kebocoran data.

Semalam pempengaruh yang juga usahawan terkenal, Khairul Aming meluahkan perasan kecewa apabila data peribadinya didedahkan oleh seorang individu dalam laman Thread.

Sehubungan itu beliau menggesa supata syarikat telco berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button