Individu dedah maklumat Khairul Aming dikenal pasti, Maxis sedang ambil tindakan undang-undang
KUALA LUMPUR – Maxis mengesahkan sedang menyiasat satu insiden yang tular di media sosial membabitkan kebocoran butiran akaun seorang pempengaruh terkenal.
Menurut syarikat telekomunikasi itu, semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya.
Maxis turut memaklumkan tiada sebarang petunjuk bahawa insiden itu melibatkan pelanggan lain atau berlaku secara meluas.
“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.
“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas,” menurut kenyataan syarikat itu.
Syarikat berkenaan memaklumkan akan menghubungi pelanggan yang terlibat pada pagi ini bagi menjelaskan perkara tersebut.
Dalam masa sama, Maxis berkata pihaknya telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden itu dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.
Maxis turut memohon maaf atas kejadian berkenaan serta menegaskan komitmennya untuk terus melindungi privasi dan data peribadi pelanggan.
Semalam, Khairul Aming meluahkan perasan kecewa apabila data peribadinya didedahkan oleh seorang individu dalam laman media sosial.
Sehubungan itu pempengaruh dan usahawan terkenal itu menggesa pihak telco menyiasat perkara itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















