BERITA SEMASA

Pelanggan Rembayung cuba raih untung, nak jual semula meja tempahan RM150 sekepala

KUALA LUMPUR – Pelanggan yang berjaya membuat tempahan restoran Rembayung secara online yang diusahakan pempengaruh, Khairul Aming (KA) dipercayai cuba meraih keuntungan apabila menjualnya semula secara terbuka di media sosial.

Menurut perkongsian aktivis, Mohd Fadli Salleh, individu berkenaan dilaporkan berjaya menempah tujuh tempat duduk untuk satu sesi makan di Rembayung.

“Syarat booking Rembayung kena letak deposit RM10 untuk satu pax/seat. Deposit tu akan tolak harga bil makan nanti.

“Brader ni dapat book untuk 7 pax. Bermakna dia bayar total RM70 deposit.

“Ni dia dah buka nak jual satu seat RM150. RM150x7 = RM1050. Modal RM70. Untung bersih RM980,” tulisnya melalui hantaran di Facebook.

KA
Tangkap layar hantaran Facebook Mohd Fadli Salleh mengenai cubaan pelanggan Restoran Rembayung yang cuba menjual seat booking di media sosial. – Foto Facebook

Menurut beliau, kerja itu disifatkan cuma berjuang masa tempahan dibuka sahaja.

“Ni pun ramai je sanggup bayar aku rasa. Aje giler mudah betul buat duit,” katanya lagi.

Terdahulu, restoran tersebut berjaya mendapat 3,000 tempahan pelanggan selepas sesi pertama dibuka malam tadi.

Malah, sambutan hangat pengikut beliau menyebabkan laman web Restoran Rembayung ‘crashed’ akibat trafik terlalu tinggi.

Awal bulan lalu, KA membuat pengumuman mengejutkan menerusi media sosial bahawa beliau akan membuka restoran pertama, Rembayung iaitu projek yang diusahakannya sejak setahun lalu pada kos RM4 juta.

Restoran Rembayung dilapor dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru.

Lokasinya hanya mengambil masa sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar PETRONAS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button