Khairul Aming persoal kebocoran bil telefon peribadi, minta penjelasan telco
KUALA LUMPUR – Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming hairan dan mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, beliau meminta penjelasan daripada syarikat telekomunikasi (telco) berhubung dakwaan kebocoran maklumat bil telefon miliknya yang dikaitkan dengan seorang pengguna media sosial.
“Mohon penjelasan daripada pihak telco macam mana bil telefon saya boleh bocor,” tulisnya.

Isu itu timbul selepas seorang pengguna Threads mendakwa mengetahui butiran bil telefon Khairul Aming, termasuk mendakwa terdapat tunggakan sebanyak RM498 selain mengaitkannya dengan beberapa perkhidmatan tambahan.
Bagaimanapun, Khairul Aming menjelaskan bahawa jumlah bil bukan isu utama kerana ia merupakan urusan peribadinya.
Sebaliknya, beliau mempersoalkan bagaimana maklumat sulit berkaitan akaunnya boleh diakses dan dikongsi kepada umum tanpa kebenaran.
“Tapi yang jadi ‘menyeramkan’ macam mana awak boleh tahu maklumat bil telefon saya ni sampai buat hantaran kepada umum? Ini data peribadi saya,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















