Khairul Aming lebar empayar, bina ‘Rembayung’ dengan pelaburan RM4 juta
KUALA LUMPUR – Pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming membuat kejutan apabila
beliau kini melangkah lebih jauh dengan membuka restoran fizikal pertamanya, Rembayung, yang dibangunkan dengan pelaburan mencecah RM4 juta.
Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah video di media sosial hari ini selepas setahun merahsiakan projek berkenaan yang dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, iaitu hanya sembilan minit dari KLCC atau Menara Berkembar PETRONAS.
“Selepas setahun simpan rahsia, akhirnya hari ini KA boleh umum yang restoran pertama Khairul Aming sudah pun siap dibina. Dengan bermodalkan RM4 juta, kita bina restoran makanan kampung.
“Proses ini bermula dari awal tahun lagi sebab kita nak bermula dari kosong, jadi prosesnya akan mengambil masa sedikit.
“Berbekalkan rakan kongsi yang dah lama dengan industri restoran, kami bertiga berganding bahu untuk jadikan idea ini satu realiti,” katanya.
@khairulaming Selepas setahun simpan rahsia, restoran pertama Khairulaming telah pun siap. Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung ❤️
Mengulas konsep yang diketengahkan, Khairul Aming menjelaskan, Rembayung dibangunkan dengan rekaan luas yang mampu menampung lebih 250 pelanggan pada satu-satu masa.
“Kita pilih konsep semi ‘glass-house’ dua tingkat bagi menampung orang ramai dari serata negara. Elementa adalah suasana kampung di tengah kota raya.
“Bila pelanggan masuk ke dalam restoran ini, ia akan beri satu pengalaman ‘dine-in’ lain daripada yang lain. Kita mahu pelanggan teringatkan kampung,” katanya.
Beliau turut mendedahkan pembukaan restoran
itu membuka 50 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
“Mereka ini semua tidak tahu bahawa restoran ini milik KA, mereka hanya datang temuduga dah lulus baru mereka tahu,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















