Tarikh penting PRN Sabah diumum selepas Mesyuarat Khas pada 16 Oktober ini – SPR
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16.
Menurut Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, penerimaan writ pengisytiharan pembubaran itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 21 Fasal (4) Perlembagaan Sabah.
Katanya, fasal itu menetapkan satu pilihan raya umum negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting serta perkara berkaitan pelaksanaan Pilihan Raya Umum DUN Sabah Ke-17,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, segala urusan lanjut berhubung proses pilihan raya akan dimaklumkan selepas mesyuarat khas berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








