BERITA SEMASA

Lebih 40 peratus pengundi Johor sudah mengundi, DUN Penggaram paling rendah

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram merekodkan peratusan keluar mengundi paling rendah setakat jam 1 tengah hari tadi iaitu 32.2 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, DUN Bentayan turut mencatatkan kadar keluar mengundi yang rendah iaitu 32.6 peratus, diikuti DUN Simpang Jeram sebanyak 35.2 peratus.

Secara keseluruhan, seramai 1,130,980 pengundi atau 42.16 peratus daripada lebih 2.6 juta pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat pukul 1 tengah hari.

Pada masa sama, DUN Semarang dan DUN Sedili mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi, masing-masing sebanyak 50.5 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat dengan kadar 48.6 peratus.

Sebagai perbandingan, pada tempoh sama semasa PRN Johor ke-15, sebanyak 888,605 pengundi atau 34.51 peratus daripada lebih 2.5 juta pengundi berdaftar telah keluar mengundi.

Related Articles
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button