Program MADANI Rakyat 2025 Sabah meriah
TAWAU – Ribuan pengunjung membanjiri Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini sejak semalam sempena pelancaran Program MADANI Rakyat 2025 Sabah yang berlangsung selama tiga hari.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan di Facebook berkata, program yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik melibatkan penyertaan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan itu menerima sambutan baik dari orang ramai
“Antara tumpuan utama program kali ini ialah penyertaan (MINDEF) yang tampil dengan pengisian interaktif dan mendidik, bertujuan mendekatkan masyarakat dengan peranan penting kementerian dalam menjaga kedaulatan negara.
“Pengunjung reruai MINDEF berpeluang menyaksikan pameran kerjaya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mengikuti taklimat pendidikan dan latihan ketenteraan, berinteraksi secara langsung dengan anggota tentera serta melihat lebih dekat aset dan perkhidmatan pertahanan negara,” katanya.

Katanya, penyertaan itu memperlihatkan komitmen berterusan MINDEF dalam menyampaikan aspirasi pertahanan kepada rakyat serta memberi inspirasi kepada golongan muda mengenali bidang ketenteraan secara lebih mendalam.
“Bagi yang belum berkesempatan hadir, jangan risau kerana program ini masih berlangsung sehingga esok,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














