PRN Sabah: GRS umum empat lagi calon
KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini melengkapkan keseluruhan 55 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan mengumumkan baki empat calon terakhir.
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengumuman itu menutup senarai penuh calon GRS bagi PRN Sabah, merangkumi gabungan pemimpin berpengalaman serta calon baharu.
“Empat calon berkenaan ialah Dr Bonaventure Boniface bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, Rafie Robert Tawik (Bingkor), Samsiah Usman (Kukusan) dan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik).
“Semua calon ini membawa latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai. Saya yakin mereka berupaya memenangi pilihan raya ini,” katanya, hari ini.
Hajiji turut menyeru semua penyokong GRS supaya terus bersatu dan memastikan kemenangan gabungan itu sekaligus memberi mandat kepada gabungan itu untuk terus membentuk kerajaan negeri dan meneruskan pembangunan.
Semalam, Hajiji mengumumkan seramai 51 calon yang akan bertanding pada PRN Sabah kali ini menampilkan gabungan pemimpin berpengalaman dan calon muda dengan 35 peratus terdiri daripada muka baharu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








