POLITIK

PRN Sabah: Pas bertanding bawah logo PN

KOTA BHARU – Parti Pas mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di bawah logo Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas Sabah sudah diarahkan untuk mengenal pasti calon-calon yang layak dan sesuai.

“Walaupun tidak ada kerusi yang pernah dimenangi PAS di Sabah sebelum ini, kita tetap optimis dan akan berusaha sebaik mungkin. Bagi saya, jika kita dapat menang satu kerusi pun, itu sudah cukup menggembirakan,” katanya, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen PN untuk PRN Sabah masih berjalan dan belum ada keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi ditandingi PAS.

“Proses pemilihan calon untuk PRN Sabah akan dimuktamadkan oleh PAS Pusat, negeri hanya bertanggungjawab untuk mencalonkan individu yang sesuai. Dalam hal ini, suara akar umbi dan pandangan daripada peringkat negeri akan diambil kira sebelum keputusan akhir dibuat,” katanya.

Tambah beliau, kepimpinan PN sedang merangka hala tuju untuk memperkukuh gabungan itu dan memahami suasana politik di Sabah, termasuk keperluan untuk memastikan semua pihak bekerjasama dalam satu gabungan yang kuat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button