Wakil tunggal PN di Sabah mungkin akan sokong kerajaan diketuai Hajiji
ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan wakil tunggalnya di Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri diketuai Datuk Seri Hajiji Noor.
Meurut Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, perkara itu boleh berlaku memandangkan Aliakbar yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik oleh kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, lapor HM Online.
Katanya, kemenangan Aliakbar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai juga berkemungkinan disumbangkan kerana tugasnya sebagai ADUN lantikan sehingga dikenali ramai pihak sebelum ini.
“Saya belum tahu lagi, sebelum ini dia (Aliakbar) dalam kerajaan negeri bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga. Kemudian ini tak tahu mungkin ada (dia bersama kerajaan negeri),” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Ladang Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK), hari ini.
Pad PRN Sabah ke-17 lalu, Aliakbar yang bertanding atas tiket PN di kerusi DUN Karambunai meraih 7,054 undi untuk menang dengan majoriti 365 undi, mengatasi WARISAN (6,689), GRS (4,818) dan Barisan Nasional (4,475).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








