POLITIK

DAP hormati mandat pengundi, tewas semua kerusi PRN Sabah

KOTA KINABALU – DAP menghormati keputusan rakyat Sabah selepas parti itu gagal mempertahankan kesemua kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti menerima sepenuhnya keputusan pengundi di lapan kawasan yang ditandingi, selain mengucapkan tahniah kepada calon serta parti yang diberi mandat.

Menurut Loke, pucuk pimpinan akan mengambil iktibar daripada keputusan itu dan melakukan penilaian semula terhadap kelemahan yang dikenal pasti.

“Kami akan menilai semula segala kelemahan dan berusaha memenangi semula sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berkata, sebagai Setiausaha Agung, beliau mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan DAP memenangi sebarang kerusi pada PRN kali ini.

Walaupun tewas di peringkat DUN, Anthony berkata, DAP Sabah masih mempunyai dua wakil rakyat di peringkat Parlimen masing-masing di Kota Kinabalu dan Sandakan yang akan melipatgandakan usaha serta gerak kerja di kawasan masing-masing.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan keputusan tidak rasmi yang menyaksikan semua kerusi ditandingi DAP dalam PRN Sabah jatuh kepada pihak lawan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button