PRN Sabah: BN tampil dengan wajah baharu, tenaga baharu dan harapan besar
KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini menzahirkan kesiapsiagaan penuh menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang menerusi pelancaran rasmi jentera pilihan rayanya di sini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelancaran itu menandakan bermulanya gerakan besar untuk mengembalikan kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti yang pernah menjadi tunjang pembangunan negeri berkenaan.
Menurut beliau, semangat luar biasa yang ditunjukkan para jentera mencerminkan tekad BN untuk terus berkhidmat demi rakyat dan negeri Sabah.
“Dari lautan biru yang membanjiri dewan, saya melihat semangat luar biasa terpancar pada wajah setiap jentera. Tekad yang menyala, keyakinan yang membara dan keazaman yang lahir dari hati yang ikhlas berjuang,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu beliau menegaskan, BN telah memainkan peranan besar dalam pembangunan Sabah sejak sekian lama, merangkumi pembinaan jalan, sekolah, dan pelbagai infrastruktur asas yang membawa manfaat kepada rakyat di seluruh negeri.
“BN Sabah kini tampil dengan wajah baharu, tenaga baharu dan harapan besar untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta membina masa depan Sabah yang lebih makmur dan bersatu,” tambahnya.
Sementara itu beliau menegaskan semangat juang BN tidak akan luntur, malah terus digerakkan dengan tekad dan kesatuan padu.
“Radu tatap radu, radu sampai menang! Demi rakyat, demi Sabah, dan demi masa depan yang lebih gemilang di bawah panji BN,” tegasnya.
Terdahulu kesemua nama calon yang bakal bertanding diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu majlis di Bangunan UMNO, di sini hari ini.
Seperti dijangka, Bung Moktar akan mempertahankan kerusi Lamag yang diwakilinya sejak 2020.
Selain itu, BN turut meletakkan Presiden Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup di Sook; Timbalan Ketua UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan di Tempasuk; Bendahari UMNO negeri, Datuk Seri Salleh Said Keruak di Usukan dan Ketua UMNO Sepanggar, Yakubah Khan di Karambunai.
SENARAI PENUH CALON BN BAGI PRN SABAH:
1. N.01 Banggi – Normalah Rasik
2. N.02 Bengkoka – Datuk Harun Durabi
3. N.03 Pitas – Datuk Bolkiah Ismail
4. N.04 Tg Kapur – Kevin Lee Sip Kin
5. N.08 Pintasan – Tadzul Radim
6. N.09 Tempasuk – Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
7. N.10 Usukan – Datuk Seri Dr Mohd. Salleh Said Keruak
8. N.12 Sulaman – Dr Shahnon Rizal Thaijuddin
9. N.13 Pantai Dalit – Alfian Sambas
10. N.16 Karambunai – Datuk Yakubah Khan
11. N.17 Darau – Arfandy Abdul Rahman
12. N.24 Tg Keramat – Jeffery Noor Mohamed
13. N.28 Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub
14. N.29 Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari
15. N.30 Bongawan – Datuk Mohamad Bin Al-Amin
16. N.31 Membakut – Rusman Dulamit
17. N.32 Klias – Osin Jilon
18. N.33 Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee Laka
19. N.34 Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah
20. N.36 Kundasang – Japirin Sahadi
21. N.37 Karanaan – Nadzmin Kamin
22. N.38 Paginatan – Datuk Jemadi @ Junaidi Sahat
23. N.41 Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi
24. N.45 Sook – Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
25. N.46 Nabawan – Lajji Ompongoh
26. N.47 Telupid – Benedict Asmat
27. N.48 Sugut – Mohammad Arifin Pachuk
28. N.50 Labuk – Yusuf Latif
29. N.51 Sg Manila – Zaini Tiksun
30. N.52 Sg Sibuga – Datuk Suhaimi Nasir
31. N.53 Sekong – Mohd Zharif Aizat Samsuddin
32. N.58 Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin
33. N.59 Sukau – Datuk Jafry Ariffin
34. N.60 Tungku – Saleha Wahid
35. N.62 Silam – Sharif Musa Sharif Mabul
36. N.63 Kunak – Datuk Seri Anil Jeet Singh
37. N.66 Bugaya – Abdul Manan Indanan
38. N.67 Balung – Erwan Palateh
39. N.68 Apas – Dr Elmiariezan Ardan
40. N.71 Tg Batu – Samsasuddin Yusop
41. N.73 Sebatik – Aslan Fadli Samsul Alang
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








