POLITIK

Sabah bukan medan ujian kerjasama BN-PH hadapi pilihan raya

PAPAR – Sabah bukan medan ujian bagi menguji kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya.

Menurut Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dakwaan itu timbul kerana wujudnya ketidakfahaman mengenai maksud sebenar istilah ‘makmal’ dalam konteks kerjasama BN-PH di Sabah.

Jelas beliau, kerjasama BN-PH bukan sesuatu yang baharu, malah ia sudah berlaku dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenanjung sebelum ini, dan kini mahu diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

“Ia adalah satu kesefahaman bagi memastikan kerajaan kita stabil tidak kira di mana saja. Jadi tidak mungkin di Sabah, UMNO, BN dan PH berlaga pula,” katanya selepas Program Gerak 17 UMNO Sabah bagi kawasan Pantai Manis, semalam.

Bung Moktar berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun kelmarin yang tidak bersetuju Sabah dijadikan makmal ujian kerjasama politik bagi menghadapi pilihan raya.

Related Articles

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang menyebut PRN17 Sabah menjadi makmal ujian kerjasama BN-PH untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, maksud sebenar Ahmad Zahid itu menjurus kepada strategi politik BN dan PH dalam menghadapi pilihan raya akan datang, tanpa ada niat memalukan rakyat Sabah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button