BERITA SEMASADALAM NEGERI

Bekas MP Silam, Datuk Dr Salleh Kalbi meninggal dunia

LAHAD DATU – Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Dr Salleh Kalbi, 61, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada pukul 4.40 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.

Isterinya, Fatmah Abdul Aziz berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu.

“Jenazah akan diurus dan disembahyangkan di Masjid Firdaus, Kampung Sapagaya, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Terusan, di sini, selepas solat zohor nanti,” katanya memetik laporan Awani.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Silam daripada UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dari 2008 hingga 2013.

Ketika itu, Parlimen berkenaan mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Lahad Datu (kini Silam), Tungku dan Kunak.

Bagaimanapun sejak Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) Sabah pada 2020, satu kawasan DUN baharu ditambah di kawasan Parlimen berkenaan, iaitu Segama.

Salleh terus aktif berpolitik melalui PKR sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan, iaitu Amirah Mahfuzah Syopieah dan Amera Elezadiba Syalesiah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button