PRN Sabah: DAP sedia kerjasama dengan parti lain untuk bentuk kerajaan
SANDAKAN – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah pada 29 Nov nanti.
Menurut Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe, pendirian tersebut sudah lama menjadi prinsip tetap parti berkenaan, lapor SH Online.
Katanya, DAP Sabah sentiasa terbuka untuk bekerjasama demi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk.
“Tiada persoalan berhubung perkara itu. Kami bersedia masuk dalam kerajaan. Pembentukan kerajaan tetap memerlukan gabungan. Saya sentiasa cakap perkara ini.
“Keadaan ini sudah berlaku di Eropah dan saya harap rakyat Sabah dapat menerima perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Sandakan, hari ini.
Dalam pada itu, mengulas fokus DAP Sabah, Phoong berkata, mereka kekal memberi tumpuan kepada usaha memajukan ekonomi Sabah melalui pewujudan lebih banyak industri yang seterusnya dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













