‘Cukup jumlah’, PH-GRS bentuk kerajaan malam ini – Dr. Fuziah
KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) kini berada pada landasan tepat untuk membentuk kerajaan negeri Sabah selepas mencapai jumlah sokongan mencukupi, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh.
Beliau berkata, rundingan rasmi sedang berlangsung antara pimpinan tertinggi PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Ketika ini, Pengarah Operasi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Seri Amirudin Shari sedang berunding dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bagi memuktamadkan pembentukan kerajaan baharu.
“Insya-Allah, kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi PH di sini hari ini.
Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat pukul 10 malam menunjukkan GRS mendahului dengan kemenangan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sabah mempunyai 73 kerusi DUN, dan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri ialah 37 kerusi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








