POLITIK

PRN Sabah: GRS umum calonkan Anifah Aman di DUN Bongawan

PAPAR – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan Pengerusi Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Rakyat Bongawan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bongawan, hari ini.

“Kalau GRS, parti komponennya, jenteranya mantap, ditambah dengan sokongan rakyat dan bersatu padu, saya yakin Bongawan ini milik GRS dan kita mahu menang,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, DUN Bongawan yang kini disandang parti pembangkang wajar dikembalikan kepada parti kerajaan supaya dapat dimajukan selaras dengan slogan Bongawan Maju.

Selain Bongawan, Hajiji turut menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan GRS untuk kembali membentuk kerajaan selepas PRN Sabah pada 29 November ini.

Hajiji turut mengingatkan pentingnya semua pihak bersatu hati bagi memastikan wujud kestabilan politik di Sabah yang diterjemahkan menerusi sokongan pada PRN nanti.

“Jika kembali membentuk kerajaan, pelbagai lagi program ekonomi akan dirancang untuk rakyat sepanjang tempoh lima tahun akan datang,” katanya lagi.

Semalam, Barisan Nasional (BN) mengumumkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin sebagai calon bagi DUN tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button