BERITA SEMASA

PRN Sabah: 45.50 peratus keluar mengundi setakat pukul 1 petang tadi

KOTA KINABALU – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat pukul 1 petang tadi merekodkan 45.50 peratus atau 793,038 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka.

Trend mengundi yang masih rendah, mungkin didorong oleh faktor sebahagian besar pengundi muda yang masih belum keluar mengundi.

prn sabah
Situasi hari mengundi PRN Sabah ke-17 di Pusat Mengundi N.21 Luyang di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini. – GAMBAR IHSAN RTM SABAH

Pusat pengundian hari ini dibuka seawal 7.30 pagi tadi akan ditutup pukul 5.30 petang nanti.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratusan keluar mengundi mencapai angka 70 peratus.

SPR juga sebelum ini menyarankan pengundi muda termasuk dalam kumpulan undi 18 untuk keluar mengundi bermula tengahari bagi mengelak kesesakan di tempat membuang undi.

Ini juga bagi memberi laluan pengundi berusia atau warga emas menyelesaikan urusan pengundian mereka terlebih dahulu.

Keputusan rasmi PRN Sabah ke-17 dijangka paling awal diumumkan pada pukul 10 malam ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button