POLITIK

PRN Sabah: GRS, PH selesai muktamadkan agihan kerusi

TAMBUNAN – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) sudah memuktamadkan pengagihan kerusi yang akan dipertandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jumlah kerusi dipersetujui itu hanya akan diketahui pada hari penamaan calon, selain pengumuman tawaran manifesto selepas penamaan calon.

“Kami akan menawarkan yang terbaik kepada rakyat Sabah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan, hari ini.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, beliau yakin mandat rakyat akan dikembalikan kepada GRS-PH berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran sepanjang lima tahun memegang mandat.

“Kami telah mencapai banyak kejayaan melalui pelbagai program sosioekonomi untuk rakyat.

“Kami telah membawa pelaburan berimpak tinggi bagi merancakkan pembangunan ekonomi Sabah,” katanya lagi.

Laporan media sebelum ini menyebut, PH menyasarkan 23 kerusi untuk ditandingi pada PRN Sabah, dengan PKR dijangka bertanding 13 kerusi, manakala DAP dan UPKO berkemungkinan bertanding masing-masing lima kerusi.

Namun, Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun dipetik sebagai berkata, gabungan itu akan bertanding 55 kerusi, meninggalkan 18 kawasan kepada PH.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button