BERITA SEMASA

PRN Sabah: Penamaan calon 15 Nov, hari membuang undi 29 Nov

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November sebagai hari membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun turut mengumumkan, 15 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon, diikuti 25 November sebagai hari pengundian awal.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat khas SPR berhubung pelaksanaan PRN17 Sabah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) 6 Oktober lalu.

SPR menerima makluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, juga pada 6 Oktober, sehari selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN.

Related Articles

PRN17 Sabah menyaksikan sebanyak 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button