BERITA SEMASA
PRN Sabah: SPR akan bermesyuarat bincang tarikh penting
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
SPR dalam kenyataan memaklumkan, tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan kemudian.
“SPR mengambil maklum berhubung pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, hari ini.
“SPR telah bersiap sedia untuk melaksanakan pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran berkenaan selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








