PRN Sabah: Rundingan PH, GRS di peringkat akhir
PUTRAJAYA – Rundingan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau berada di Kota Kinabalu, minggu lalu untuk mengadakan pertemuan bersama wakil GRS dan menyifatkan “rundingan tidak berakhir dengan satu pusingan”.
“Jadi bila selesai nanti, saya akan maklum kepada rakan-rakan,” katanya dalam sidang media selepas Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2025 di Hotel Marriot.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan rundingan antara PH dan GRS menjelang PRN Sabah, 29 Nov ini.
Pada 19 Okt lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, pihaknya dan PH sudah memuktamadkan pembahagian kerusi bagi PRN bagi memastikan tiada pertembungan.
Sementara itu, ketika ditanya kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN-PH dan GRS, Saifuddin berkata masih terlalu awal untuknya membuat rumusan.
“Pramatang untuk saya andaikan benda itu. Saya hendak sebut, saya akan meneruskan rundingan kerusi, jika dalam sidang media hari ini, saya sudah sebut akan ada tiga penjuru, tak cantiklah… kan, itu pramatanglah,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








