PRN Sabah: KJ sahkan bantu calon Barisan Nasional
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan akan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan ini.
Khairy berkata, permintaan itu datang daripada individu yang pernah bersama beliau ketika bergiat aktif dalam Pemuda UMNO dahulu.
“Ada dapat permintaan daripada kawan-kawan lama saya. Sama dengan saya dalam Pemuda dulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Larian Keluarga Malaysia 2025, hari ini.
Hadir sama dalam program itu ialah bekas Perdana Menteri ke-sembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang turut merasmikan larian berkenaan.
Ditanya sama ada perkembangan itu membawa kepada sebarang perbincangan mengenai kemasukannya semula ke dalam UMNO, Khairy menegaskan beliau belum menerima sebarang tawaran rasmi.
“Belum ada apa-apa lagi,” jawabnya ringkas.
Terdahulu, media melaporkan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu dijangka kembali menyertai UMNO selepas mendapat ‘restu’ pimpinan tertinggi parti, khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















