BERITA SEMASA

Keputusan PRN Sabah: GRS menang 29 kerusi, WARISAN 25

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai gabungan dengan kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, dengan memenangi 29 kerusi.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun sebentar tadi.

Ramlan berkata WARISAN memperoleh 25 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan enam, calon Bebas lima, UPKO tiga, StarSABAH dua, serta masing-masing satu kerusi bagi Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), melengkapkan jumlah keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, PRN kali ini menyaksikan seramai 1,148,476 pengundi bersamaan dengan 64.35 peratus daripada pengundi yang layak keluar mengundi.

Ramlan menambah, keputusan penuh PRN itu akan dibentangkan secara rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu, pagi nanti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button