PRN Sabah: PKR buka ruang kerjasama bersama parti lokal, nasional
KUALA LUMPUR – PKR Sabah akan memperkukuh haluan baharu menerusi proses rundingan konstruktif bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) Sabah sehingga membuahkan hasil terbaik buat semua.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, matlamat pihaknya selaku anak-anak Sabah adalah untuk memperkasa hak dan pembelaan negeri demi memberi manfaat terbaik kepada negeri itu.
“Kami menegaskan komitmen kami terhadap prinsip perpaduan, kemajuan dan reformasi, serta bertekad untuk terus menyumbang secara positif ke arah pembangunan dan kemakmuran Sabah di bawah gabungan PH serta membuka ruang kerjasama bersama parti-parti lokal dan nasional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan semula sebagai Pengerusi MPN.
Beliau berkata, tanggungjawab itu merupakan satu amanah besar dalam mengemudi PKR Sabah menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan datang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








