PRN Sabah: PH terima keputusan pengundi
KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) menerima keputusan pengundi di semua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini dan mengakui perlu menilai semula pendekatannya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, PH melihat keputusan tersebut sebagai satu pengajaran penting dan akan meneliti kelemahan serta kekuatan mereka untuk bergerak ke hadapan.
“Kami terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Pada masa yang sama kita akan belajar daripada kelemahan dan kekuatan kita bagi masa hadapan,” katanya, malam ini.
Fuziah turut menzahirkan penghargaan kepada semua tenaga jentera dan para calon PH pada PRN Sabah kali ini dan berterima kasih kepada rakyat Sabah atas sokongan mereka dan menyuarakan harapan supaya satu lembaran baharu dapat dibuka demi masa depan negeri itu.
Beliau kemudiannya menyatakan kesyukuran kerana dimaklumkan bahawa PH akan bergabung dengan GRS bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Setakat pukul 10 malam tadi, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PH menang di dua kerusi iaitu masing-masing di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dalam Parlimen Sipitang dan Melalap di Tenom.
Datuk Yamani Hafez Musa menang DUN Sindumin manakala Datuk Jamawi Ja’afar di DUN Melalap.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















