POLITIK

‘Di mana bahasa, budaya, Islam?’ – Anwar kepada Hadi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana cuba memesongkan pemikiran rakyat selepas mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak sesuai menjadi kerajaan kerana dikuasai oleh parti bukan Melayu.

Perdana Menteri menegaskan, perkara tersebut tidak seharusnya timbul memandangkan tumpuan kerajaan kini untuk merangka dasar yang dapat memanfaatkan negara.

Pada masa sama, tegasnya, Kerajaan Perpaduan tetap mempertahan setiap inci hak Melayu dan Islam.

“Tanya dia di mana bahasa, budaya, Islam, seni, sastera yang kita lakukan khianat. Jangan guna naratif kolot dan jumud.

“Negara ini pelbagai kaum, sementara kita angkat penghayatan Islam, kita kena jaga hak semua kaum yang perlu dipelihara.

“Ini perjanjian dan jaminan keamanan negara kita. Saya tidak cenderung untuk rakyat terus dipesongkan dengan sentimen seperti ini,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Orientalism Paintings di Muzium Kesenian Islam di sini, hari ini.

Yang hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sebelum ini mendakwa kerajaan sedia ada lemah kerana tidak diterajui parti Melayu Islam untuk memimpin Malaysia yang majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button