PMX

Kerajaan akan tumpu pelaburan ekonomi perak – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada ekonomi perak dalam menghadapi populasi lanjut usia yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi perak ialah semua aktiviti ekonomi, produk dan perkhidmatan yang direka untuk memenuhi keperluan kalangan penduduk yang berusia lebih 50 tahun.

Berucap pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024) di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan memberi tumpuan terhadap pembangunan teknologi negara dan akan mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan.

“Dengan memperuntukkan sumber ke sektor ini, Malaysia boleh meletakkan namanya untuk memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat yang dianggarkan bernilai AS$15 trilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga menekankan kepentingan agar pembaikan dan pelaksanaan dasar diberikan kerjasama dan penglibatan langsung yang berterusan dari pihak syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan pihak swasta bersama-sama dengan pihak Kerajaan.

“Mengambil kira Malaysia diunjurkan menjadi negara tua menjelang tahun 2030, adalah amat penting dalam membangunkan produk-produk dan penyelesaian yang berkesan dalam bidang keselamatan sosial agar kita tidak ketinggalan dalam arus perdana global,” ujarnya.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut menyentuh aspek reformasi terhadap rangka kerja pencen dan persaraan bagi memastikan keselamatan kewangan, ekuiti untuk semua rakyat Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button